WALAUPUN ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa
mahu melakukan kerja ini.
Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar
dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.
Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah
mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.
Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan
kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima
saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.
Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di
tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.
Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large
berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai
kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu
menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.
"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda
menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang
ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.
'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam
adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung
menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
boleh apply nie hehehheh
ReplyDeleteKat mana nak apply kursus ini? :->
ReplyDelete