Friday, January 16, 2015

'Wanita misteri' pertahan gadis K-Pop

4:27 PM 2 comments

SELEPAS banyak pihak memberikan reaksi negatif bersabit isu gadis K-Pop, hari ini tampil seorang 'wanita misteri' menyifatkan apa yang berlaku itu ketentuan ALLAH.

Dalam video berdurasi 5 minit 42 saat itu, wanita berkenaan berkata, bukan sahaja gadis-gadis yang dipeluk artis K-Pop itu sedang diuji malah masyarakat secara keseluruhannya juga sedang menghadapi perkara sama. 

"Bukan mereka sahaja diuji, malah kita sebenarnya yang diuji juga.  Mereka yang berada di atas pentas dengan keizinan ALLAH.

".... di sebalik video yang telah diviralkan, ALLAH sebenarnya mahu menguji kita ...yang hebat sangat menjadi keyboard warrior, yang maki, seolah-olah anda semua sangat hebat daripada anda lahir sampai sekarang, Jadi renung-renungkan lah diri sendiri apa sebenarnya hikmah dan pengajaran yang berlaku di sebalik peristiwa ini," ujarnya.

Video yang dimuatnaik ke YouTube itu kini telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Kebanyakan komen pelayar mengecam pandangan gadis tersebut.

Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) sudah membuka kertas siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini.

Jawi juga memberi tempoh seminggu kepada gadis-gadis yang terlibat supaya serah diri.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


2 comments:

  1. tegur salah tak tegur salah..payah dah sejak ujudnya keyboard warrior ni ..

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dgn pendapat beliau,yang aku terfikit mengapa dalam kes lain yang sama keadaannya,bila mana ada pemimpin lelaki besalaman dengan KPOP wanita kita tak bising,ada juga pemimpin wanita memeluk artis lelaku dari luar negara...yg paling ketara kelakuan artis kita yg kita selalu tonton kt kaca tv bebas berpelukan sampai adegan atas katil tanpa batasan ,apa semua ni bukan haram ke! JAKIM???????

    ReplyDelete

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger