Wednesday, December 10, 2014

Jihan Muse makin demand?

12:14 PM No Comments

NAMA Nuur Jihan Muse atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat industri seni tempatan.

Walaupun di awal kemunculannya hanya sebagai seorang pelawak biasa, namun siapa sangka kini dia semakin laku dan mendapat tempat.

Bukan sekadar bergelar pelawak, malah sejak kebelakangan ini, peserta Raja Lawak musim ketiga ini semakin menjadi tumpuan pengarah, penerbit dan stesen televisyen untuk bekerjasama dalam projek-projek mereka.

Sehinggakan timbul pelbagai khabar angin kerana popularitinya yang semakin meningkat, pelakon kelahiran Selangor ini semakin ‘demand’.

Pun begitu, sudah menjadi asam garam sebagai anak seni, akui Jihan, dia tidak pernah mendabik dada dengan kejayaan yang telah dimiliki.

Katanya, dia yakin rezeki dan kedudukan yang diterimanya hari ini adalah kerana kepercayaan peminat kepadanya selama ini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, saya sentiasa belajar untuk tahu apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam karier saya,” kata pelakon berusia 31 tahun ini.

Ditanya apakah dia semakin laku kerana penampilannya yang mula menyerlah sejak kebelakangan ini, kata Jihan, penampilan memang perlu dijaga walau dalam apa jua kerjaya yang diceburi.

“Saya belajar daripada kehidupan, walaupun sebelum ini saya kurang mendapat perhatian tetapi ia bukan bererti paras rupa yang menjadi ukuran.

“Lagipun, saya percaya mereka memanggil saya kerana bakat dan kesungguhan saya,” jelasnya.

Pun begitu, Jihan berkata, dia tetap menjaga batas-batas yang sepatutnya sebagai seorang wanita.

“Sebagai manusia dan wanita biasa, kita sendiri memang perlu tahu batas yang sepatutnya.

“Sejak kali pertama saya memilih bidang ini, saya sentiasa menerima kritikan. Apa pun, saya ambil ia sebagai iktibar dan memandang positif untuk membantu karier saya,” katanya.

Lawak bukan ikut musim

Berkongsi harapannya, hos program realiti Gegar Vaganza ini memberitahu, dia bercita-cita besar untuk melihat industri lawak lebih maju dan diterima di negara ini.

Tambahnya, dia tidak mahu lawak hanya mendapat perhatian pada musim tertentu sahaja.

“Macam sekarang peminat sedang hangat dengan Maharaja Lawak Mega 2014, jadi ramai yang meluangkan masa dan fokus kepada pelawak-pelawak terlibat.

“Sebaliknya, bila sesuatu masa itu tiada sebarang program atau aktiviti lawak yang hebat dianjurkan, mereka seperti lupa kewujudan kami,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya pula, ujar Jihan, dia kini sedang sibuk memberi perhatian kepada MLM 2014 sebagai ahli kumpulan SYJ.

“Selain itu, saya juga mempunyai komitmen sebagai hos Gegar Vaganza. Bagi aktiviti lakonan pula, saya sedang menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Hantu Wefie,” katanya yang telah dilamar untuk menjadi duta bagi sebuah produk

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger