SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan
perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin
hari semakin menurun nilainya.
Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan
krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan
Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka
hadapi.
Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar
ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi
ketika itu.
" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya
melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu
berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.
"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu
yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan
bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.
Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan
menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana
ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada
barangan kita kerana harganya murah.
"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga
tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah
atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.
"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita
kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk
pelancongannya baik.
"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat
kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan
kualiti yang belum pasti," tegasnya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
salam kenal dan follow
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com