PENGENALAN
Karnival ini adalah karnival yang julung kali diadakan. Karnival ini
bukanlah karnival seperti kebanyakan ekspo dan lain-lain, kerana mempunyai
sasaran dan motif tersendiri yang akan menguntungkan penganjur dan peserta.
OBJEKTIF
Tujuan karival ini diadakan adalah untuk menjadikan usahawan kecil lebih
berdaya maju dan berfikiran lebih terbuka untuk menjadikan bidang usahawan dan
perniagaan ini sebagai suatu kerjaya pilihan yang menjamin masa depan.
Justeru, pihak kami telah
bercadang mewujudkan sejenis "platform" iaitu landasan bagi membantu
golongan peniaga kecil ini lebih dikenali dan lebih dekat dengan pelanggan dari
seluruh pelusuk negara. Ini kerana, untuk membuka sejenis perniagaan atai
perusahaan memerlukan modal, masa dan usaha yang berterusan bagi memastikan
kelangsungan perniagaan berterusan. Tetapi, kekangan yang selalu dihadapi ialah
penjenamaan produk,pengiklanan tidak berkesan, kurang publisiti dan jenama yang
kurang mendapat tempat dan kepercayaan pengguna yang akhirnya akan mewujudkan
kemungkinan perniagaan susah berkemband dan berdaya maju serta kemungkinan lain
yang leboh buruk.
Sebagai langkah permulaan,
pihak kami mewujudkan karnival ini. Karnival ini akan membantu para usahawan
mempromosikan perniagaan, jenama dan produk mereka kepada umum dengan kos yang
rendah tapi secara berterusan. Penjenaaman sesuatu produk atau perniagaan
adalah penting kerana hanya yang dikenali mudah mendapat tempat di hati
pengguna.
SASARAN PESERTA
Peserta yang disasarkan dan disarankan menyertai adalah dari golongan
peniaga muda, pengusaha makanan halal, ibu tunggal, pemborong dan pengedar,
pengusaha bidang Industri Kecil dan Sederhana, peniaga atas talian (online) dan
lain-lain golongan yang mengimpikan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke
seluruh Malaysia. Ini kerana kami akan menjadikan karnival ini sebagai satu
"trademark" untuk penjenamaan produk melalui siri jelajah karnival
ini.
SASARAN PENGUNJUNG
Pengunjung bagi setiap lokasi adalah disasarkan seramai
sekurang-kurangnya 50,000 orang. Ini kerana sepanjang karnival ini berlangsung,
ia tidak hanya sekadar karnival. Ia juga akan diselitkan dengan pelbagai
aktiviti menarik yang akan menarik minat orang ramai berkunjung serta pilihan
lokasi yang mudah diakses dan kawasan karnival yang menjadi tumpuan masyarakat.
PENGIKLANAN DAN PUBLISITI
Pihak penganjur akan menguruskan segala perkara berkaitan pengiklanan
dan publisiti mengenai karnival ini melalui yuran penyertaan yang akan
ditetapkan mengikut kesesuaian dan tidak membebankan. Pihak penganjur juga
telah melantik beberapa selebriti sebagai ikon dan duta karnival bagi tujuan
promosi.Promosi bagi karnival ini akan
dijalankan melalui beberapa medium seperti hebahan melalui media sosial,
"flyers & pamplets", "banner & bunting" serta
cara-cara lain yang difikirkan bersesuaian dengan karnival yang efektif.
PELAN LOKASI
Pelan lokasi dan susun atur (layout) akan diberi setelah mendapat
pengesahan dan kelulusan pihak berwajib untuk mengadakan karnival. Pelan akan
diberi lebih awal supaya memudahkan pihak penganjur memastikan kelancaran
karnival.
KELEBIHAN UNTUK PESERTA
Setelah menyertai karnival ini untuk pertama kali, peserta akan
memperolehi pelbagai manfaat walaupun dengan kos yang rendah. Antaranya ialah
:-
1.
Pendedahan kepada suasana perniagaan yang kompetetif
dan sihat
2.
Mendapat lebih ramai pelanggan
3.
Mendapat lebih banyak ruang untuk mempelbagaikan
strategi perniagaan
4.
Boleh bertukar pendapat mengenai pro dan kontra
sesuatu perniagaan
5. Boleh mendapat pembekal lain yang mampu memberi harga
bekalan yang lebih rendah
6.
Dapat memasarkan produk ke segenap pelusuk negara
7.
Karnival secara santai berkonsep
"family-friendly"
8.
Pengisian rohani
9. Promosi daripada pihak penganjur secara berterusan
melalui pelbagai medium mudah capai (untuk peserta yang berdaftar sahaja)
10. Produk peserta yang baru dijenamakan mendapat
kepercayaan dan dikenali di kalangan masyarakat
LOKASI KARNIVAL
Karnival akan berlangsung secara berperingkat. Di setiap peringkat akan
dibahagi mengikut zon. Zon yang terlibat adalah seperti berikut:-
ZON UTARA
Kawasan letak kereta Amanjaya Mall
Sungai Petani, Kedah
April 2014
ZON TENGAH
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Serdang, Selangor
Jun 2014
ZON SELATAN
Melaka International Trade Centre (MITC)
Ayer Keroh, Melaka
Ogos 2014
ZON PANTAI TIMUR
.......................................................................
Gambang, Pahang
Oktober 2014
ZON MALAYSIA TIMUR
Kuching Waterfront
Kuching, Sarawak
November 2014
GRAND FINALE (TERBESAR & PENUTUP)
Belum diputuskan
Disember 2014
RUJUKAN
PENGANJUR
KHAIRYNIAGA (IP0373593-V)
+6 0111 550 1005
Facebook : Malaysia Online Bazaar
Bank : 0204 8010 0565 81 KHAIRYNIAGA (Bank
Islam)
**Sebarang perubahan seperti lokasi, tarikh dan lain-lain akan diberitahu
secara bernotis. Pihak penganjur berhak mengubah apa-apa perkara mengikut
kesesuaian program berdasarkan keperluan semasa.
BORANG PENYERTAAN
Untuk Borang penyertaan, bolehlah hubungi saya di :-
Email: muhammad_8925@yahoo.com
Facebook: Muhammad Yunus Abdul Latiff
Contact/WeChat/WhatsApp : 013-4077925
0 comments:
Post a Comment