Tuesday, November 18, 2014

Video baharu rakaman selepas MH17 terhempas

8:16 AM No Comments

HRABOVE, UKRRAINE - Sebuah rakaman video dipercayai dibuat oleh seorang penduduk kampung di Hrabove menunjukkan saat-saat awal pesawat MH17 terbakar selepas ditembak dan terhempas hanya beberapa meter dari rumah penduduk.

Video berdurasi dua minit itu disiar selepas empat bulan tragedi MH17 berlaku dan diperoleh melalui penduduk itu sendiri.

Rakaman tersebut menunjukkan penduduk kampung kelam kabut berlari-lari dengan membawa baldi berisi air.

Melalui perbualan yang dirakam dalam video tersebut, penduduk bertanyakan nasib juruterbang pesawat berkenaan dan jumlah pesawat yang terlibat dalam nahas tersebut.

Namun, saksi kejadian dalam video itu memberitahu hanya sebuah pesawat yang terlibat dan tiada yang mengetahui keadaan juruterbang pesawat berkenaan.

Hal itu ekoran juruterbang dan anak kapal pesawat tentera Ukraine yang ditembak jatuh sebelum ini akan dijadikan tawanan puak pemisah.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh oleh misil pada 17 Julai lalu ketika terbang di ruang udara wilayah Donetsk di timur Ukraine.

Pesawat Malaysia itu membawa 298 penumpang dan anak kapal.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger