PETALING JAYA - "Mereka kata saya boleh pilih sama ada
mahu ke Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buloh," demikian kata Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada jenaka Anwar ketika berucap
dalam Forum Demokrasi Dunia Muslim, hari ini.
"Jika saya dikatakan bersalah, maka saya perlu
dipenjarakan.
"Memandangkan saya telah umumkan Langkah Kajang, saya
rasa mungkin mereka akan tempatkan saya di Penjara Kajang," katanya.
Kata-katanya itu disambut oleh gelak tawa penonton.
Anwar sebelum itu menghadiri prosiding rayuan akhirnya yang
memasuki hari kelima di Mahkamah Persekutuan,Putrajaya pada pagi, hari ini.
Sebaik tamat prosidingnya yang berlangsung sehingga tengah
hari, Anwar hadir memberikan ucapan dalam forum tersebut.
"Saya ada menulis sebuah buku.. Sampai sekarang buku
saya masih belum siap.
"Kalau saya dipenjara, saya boleh (tulis) habiskan buku
saya ketika dalam penjara.
"Tapi mungkin isteri saya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail tidak begitu gembira mengenainya," selorohnya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment