Sunday, November 2, 2014

Jalan - Jalan di Melaka | Tempat-tempat menarik di Melaka

8:30 PM No Comments

Melaka kami dah sampai ! 

Assalamualaikum semua, bersempena dengan Cuti Umum Deepavali, aku dan rakan sekerja bercadang untuk pergi ke Melaka dan telah tibadi Melaka dengan jaya, Alhamdulillah. Pengalaman yang menarik dan  sangat penat, tapi menyeronokan . Boleh aku katakan sebagai Jalan-jalan cari makan di Melaka, sebabnya ? aktiviti kami makan dan makan sampai jadi macam ikan buntal. Melaka boleh di katakan  sebagai lokasi menarik untuk di lawati, tapi kalau sehari memang tak cukup, sekurang-kurangnya 3 Hari 2 Malam. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. 

Taman Mini Malaysia dan Mini Asean

Ni aku la..


Baiklah, mari aku ceritakan satu-persatu. Tempat pertama yang kami lawati setibanya di melaka ialah Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, tapi kami singgah je tak masuk pon. Sebab dah pernah masuk. Singgah untuk berehat, "pit-stop" sebentar selepas lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Untuk masuk ke Taman Mini Malaysia, charge yang di kenakan ialah RM15.00  bagi dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak.

                                            Yus, Azrul & Ida mereka ni model melaka

Seterusnya, kami bertolak ke Muzium Samudera yang terletak di sekitar Bandaraya Melaka. Di dalam terdapat pelbagai barangan dahulu kala, seperti peti besi, wang lama, replika kapal, patung dan berbagai lagi barangan lama yang menceritakan tentang sejarah di Melaka. Sangat sesuai bagi yang meminati sejarah, dan agak mebosankan bagi yang tidak meminati sejarah. Harga tiket tak mahal hanya RM3.00 bagi dewasa dan RM1.00 bagi Kanak-kanak. Kepada yang belum berkesempatan untuk melawati Muzium Samudera boleh berkunjung kelak. 

Gambar blur sikit.. sorry 


Selfie !  peace..

Gambar ni sekitar bandar melaka

Bersama patung ni.. euwww..

Selepas itu kami ke Menara Taming Sari , tapi tak naik pon. Sebabnya ? kawan cakap malam lagi best kalau naik baru cantik. So, kami batalkan hasrat untuk naik Taming Sari. Kami hanya ambil gambar sekitar Menara  Taming Sari. Harga tiket RM15.00 bagi  dewasa

Us..

Jejaka perasan di apit 

Sekitar menara Taming sari , tak naik pon tak de bajet.. 

Selepas penat berjalan , kami pon bercadang untuk ke Pantai Klebang untuk mencuba Coconut Shake Klebang Original yang dikatakan sangat popular di sana. Sebelum nak beli kena beratur panjang dulu, memang terbaik tapi sangat berbaloi bila minum Coconut Shake.Kebanyakan orang ramai membungkus Coconut shake dan menikmatinya di Pantai Klebang, dengan angin yang sepoi-sepoi memang terbaik.  Harga untuk satu cawan Coconut shake Special RM 2.50 setiap satu. Kalau anda semua ke Melaka wajib cuba memang terbaik. Selain itu, kami ada beli Lekor King, rasanya boleh tahan. Harga RM3.50 untuk saiz kecil dan RM 6.00 untuk saiz besar. Antara aktiviti menarik yang boleh di lakukan di Pantai Klebang  ialah bermain layang-layang. Tapi kami tak main , duduk menikmati angin laut dan membesarkan perut. 

Beratur dulu , ramai orang kat sini

Yeay! , dapat .. 5 bungkus 

Lekor king, boleh tahan rasa dia.

Lekor king bersama coconut shake di tepian pantai terbaik ! 


Selfie lagi !  Pantai klebang melaka... 

Nyaman jer.. pantai 


Ape azrul buat tu ? erkk


Destinasi terakhir kami ialah di Ikan Bakar Umbai, di sini terdapat banyak Restoran Ikan bakar, Kami memilih Restoran Parameswara untuk makan malam. Di sini terdapat pelbagai menu yang di sediakan, anda semua boleh pilih sendiri menu yang anda mahukan. Bagi kami, pilihan kami adalah Ikan Siakap bakar, Sotong goreng tepung, Tomyam Campur dan  Kailan ikan masin. Selain itu, ada juga buah sebagai pencuci mulut. Kebanyakan pengunjung di sini memilih nasi lemak untuk makan bersama hidangan. Air kami ialah teh "o" ais. Alhamdulillah kenyang sangat. Tahu tak semua sekali berapa harga ? Hanya RM 62.40 sahaja, murah sangat, terkejut juga ingat mahal. Alhamdulillah rezeki.

Ikan Bakar Parameswara

Antara menu yang kami makan..

Nasi lemak merupakan menu popular di sini

Desert. buah-buahan..

 Nyum3x...



Kenyang oo..

Alhamdulillah selepas selesai semua, semua dah jadi ikan buntal kami pon bergerak pulang ke KL. Satu hari yang sangat memenatkan tapi menyeronokan. 



















0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger