MARANG - Hasrat seorang mekanik untuk menikmati betik yang
ditanamnya sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari terbantut setelah
mendapati buah tersebut luar biasa.
Azhar Mohamed, 40, dari Bukit Payong, di sini, berkata,
ketika betik itu dibelah dua, dia terkejut kerana mendapati ada sebiji lagi buah betik di dalamnya yang
berwarna putih berukuran empat sentimeter panjang berada di dalam buah
tersebut.
“Melihat keadaannya yang luar biasa, saya batalkan niat
untuk makan betik ini,” katanya.
Katanya, ini adalah kejadian pertama dialaminya selepas
menanam pokok tersebut beberapa tahun lalu.
Menurut bapa kepada empat anak ini, pokok betik tersebut
ditanamnya di belakang rumah dan tidak menyangka ia akan mengeluarkan buah
seperti itu.
“Sehingga semalam, saya masih simpan betik ini di dalam peti
sejuk dan tidak berhasrat untuk memakannya kerana buah betik ini memang lain
daripada yang lain, malahan biji di dalamnya juga sedikit sahaja.
“Bukan senang dapat buah betik sebegini dan mungkin saya
akan menyimpannya,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment