SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa
dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.
Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang
maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan
lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.
Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain
dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.
Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat
baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks
di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.
Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang
mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan
asap menyebabkan dia batuk.
"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang
dari arah depan," ujar Theobald.
Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar
'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan
tersebut.
Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa
atas pemanduan cuai.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my