SEHINGGA kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh
masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang
dikenali sebagai Mr R (Romie).
Bukan saja digelar 'perampas', pelakon Autumn di Hatiku juga
tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi
laman sosial seperti Instagram dan Facebook miliknya.
Mengakui berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan
negatif tersebut, Hanez berkata, kecaman itu turut dirasai sehingga di luar
sehingga membuatkan dia berasa kurang selamat.
"Selepas saya buat sidang media tu memang saya rasa
sangat sedih. Sebab pandangan orang terhadap saya. Namun saya akui ia tidaklah
sampai mendapat ancaman di luar.
“Ada sekali tu saya terserempak dengan orang yang membenci
saya. Dia kata nak saja baling selipar pada saya. Tapi dia tak buatlah. Cuma
dia cakap sajalah. Alhamdulillah, itu menandakan keadaan masih dapat dikawal
lagilah.
“Selepas kejadian itu, atas nasihat keluarga, saya ada
mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tetapi untuk
acara-acara tertentu sahaja. Kalau ikutkan saya tak selesa bila ada orang
sentiasa menjaga pergerakan saya. Tapi itu permintaan keluarga demi keselamatan
saya,” katanya.
Enggan terlalu memikirkan situasi tersebut, Hanez berkata,
dia akan kembali berusaha untuk mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula.
Sebab itu juga, dia tidak jadi menarik diri dari membintangi teater Projek
Kahwin, pada 12 hingga 14 Jun, di Istana Budaya.
“Memang takut saya untuk menerima semula tawaran berlakon
teater ini, kerana bimbang penjualan tiket berkurangan dan akan mendatangkan
kesan terhadap pihak pengurusan.
“Tetapi memandangkan saya mahu beraksi dan membuktikan
kemampuan saya dalam bidang lakonan teater saya menyahut cabaran ini. Saya
harap peminat akan menilai persembahan saya bukannya kisah peribadi saya,”
katanya.
Teater terbitan Mask Team Productions arahan Muhammad Azri
Ali turut diterajui, Kilafairy, Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf,
Sherry Alhadad, Zulin Aziz Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment