Sunday, September 29, 2013

Tips Kuruskan Badan & Kempiskan Perut | Rahsia Kuruskan Badan, 2013

11:16 AM 11 comments



Assalamualaikum, saya harap-harap rakan-rakan sihat hendak-Nya, Hari terdetik di hati saya untuk berkongsi Tips kuruskan badan, sebenarnya sekarang tidaklah saya terlalu kurus atau terlalu gemuk cuma medium, Alhamdulillah, Syukur, Bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah terasa lebih sihat. Apa yang saya hendak saya kongsikan di sini adalah pekara yang betul-betul terjadi kepada diri saya sendiri, tidak perlulah saya buat e-book atau apa-apa kerana saya kurangkan berat secara semula jadi. 

Baiklah, sekarang ini ramai yang ingin kuruskan badan dengan perlbagai cara ada yang mengambil jalan mudah dengan mengambil pil-pil kurus dan produk-produk kuruskan badan, memang tidak dapat di nafikan ada produk yang berkesan, tapi ianya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bagi kita yang kurang berkemampuan boleh buat cara yang mudah tanpa mengeluarkan walaupun satu sen duit poket anda, Ini Serius, saya tidak tipu. 


Baiklah mari saya mulakan kisah benar saya kurangkan berat badan, Apa yang saya lakukan ? sebenarnya saya tidak lakukan apa-apa pun, tanpa di sedari berat badan saya kurang secara semula jadi, mesti yang pelik kan ? Macam ini kisahnya, saya mula kurang berat badan apabila mula bekerja, Hal ini kerana, saya berjalan kaki hari-hari pergi kerja, iaitu 30 Minit pergi dan 30 minit pulang. Oleh itu, 1 jam saya berjalan kaki untuk sehari. Bagaimana ianya terjadi ? apabila kita berjalan kaki lemak dalam badan kita secara semula jadi akan terbakar

Dari sudut makanan? Sebenarnya tak begitu berpantang cuma kurangkan mengambil nasi, kalau dulu 2 pinggan, Sekarang 1 Pinggan. Hal ini terbukti berkesan. Selain daripada pengurangan pengambilan nasi, rakan-rakan boleh jugak elakan daripada minum air ais, Ais tidak begitu baik untuk di amalkan. Lebihkan minum air suam bersama hidangan. Sebenarnya tidak begitu banyak tips dari saya, mudah sahaja kan ? Untuk kurangkan berat badan memang sukar tapi kalau kita bertekad untuk lakukan pasti akan berjaya. 



Gambar di atas, gambar saya sebelum dan Selepas. Pada masa itu berat badan saya lebih kurang 115 Kg, Sekarang lebih kurang 83 Kg. BMI saya sekarang masih dalam tahap berat badan berlebihan. Oleh itu sama-samalah kita kurangkan berat badan , Nasihat saya elakan mengambil Pil kurus, tak mustahil untuk turunkan berat badan dengan hanya lakukan senaman ringan sahaja dan amalkan pemakanan yang sihat. Insyallah. 

Kesimpulannya, Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, semua  ini hanya pinjaman sementara untuk kita semua, Jangan ubah ciptaan allah kepada kita, Saya berharap segala tips mudah dari saya ini dapat membantu rakan-rakan untuk kurangkan berat badan. Semoga berjaya buat semua ! 


Read More...


Saturday, September 28, 2013

Jalan-jalan Cari Makan !

11:42 AM 1 comments




Assalamualaikum semua, Jalan-jalan cari makan? Bukan cari makan sangat pon, jumpa kawan lama, kawan-kawan Uitm, Pergi mana ? Sunway Pyramid tu ja yang mampu, makan pun kat Texas.. Boleh tahan la.. Lepas makan kami pon , snap picture depan sunway lagoon, tu ja yang mampu... Then, pergi main bowling highest mark aku 63 sepanjang aku main bowling, hari tu... 56..kalau wakil malaysia amat memalukan, bukan malaysia saja, kalau wakil kampung pon orang kampung baling telur busuk ! Tapi hari yang indah ! with, Anis,Shud,Dibah,Ida,Min.... Semoga berjumpa lagi ! 




















Thanks, Isteri-isteriku semua, Semoga berjumpa lagi :) 


Read More...


11 Sifat Ibu Bapa Cemerlang

12:06 AM No Comments



Assalamualaikum, menjadi ibu dan bapa bukanlah sesuatu pekara yang mudah, ianya satu tanggungjawab yang amat berat, pada malam ini ingin saya berkongsi sifat ibu bapa yang cemerlang yang saya ambil dari post rakan facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat semua. Amin..




Read More...


Friday, September 27, 2013

YUNA Concert 2013 ! at Panggung Sari, Istana Budaya

11:43 PM No Comments





Assalamualaikum semua, baru-baru ini, 6 September telah berlangsung konsert Yuna, Di Istana budaya. Yuna ? aku bukan lah peminat tegar Yuna, or Peminat fanatik yuna, tapi dah ada tiket pergi ja la.. First sekali masuk Istana Budaya , perak sikit tak pernah masuk pertama kali ! haha.. Bermula saja konsert yuna memang best.. Dari awal sampai habis boleh kategorikan konsert ini sebagai Konsert High Class, dengan okestra lagi.. " Perfect". Apa pon tahniah ! Yuna kerana konsert yang sangat menarik ! Awesome.. 




















Thanks to Abang Dauf, Turut bersama kak ida dan Kak Anim :) Felling great ! 


Read More...


Isteri Mat Yo mohon maaf kepada Seluruh rakyat Malaysia

11:26 AM No Comments







Assalamualaikum, pagi-pagi tadi dah terbaca akhbar Berita Harian, Isteri kepada pemain bola sepak memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, baguslah kalau sudah sedar atas kesilapan diri.Semoga pakara menjadi iktibar kepada semua. “Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku" Berita Selanjutnya di BH Online


Read More...


Monday, September 23, 2013

Hang Out !

10:19 AM 1 comments




Assalamualaikum, semua chat ? aku memang tak de cerita yang menarik ataupun pengisian menarik untuk di kongsi hanya cerita peribadi buat masa ini, semalam aku pergi setiawangsa jumpa member lama.. dah dekat setahun lebih tak jumpa.. dulu ade krisis skit.. haha.. then jumpa balik.. Aktiviti wajib mcm biasa karaoke ! hahaa... kami suma artis ! jgn jeles.. then nak pergi tengok wayang cerita tak best pula... hahaa... then terus g makan ja.. tapi tak lama pon jmpa... sebab letih kot, nak balik cepat ja.. haha.. Hopefully leh jmpa lagi ! thanks david cook


*tak amek gambar semalam..


Read More...


Sunday, September 22, 2013

Dari Mata Ke Hati

8:36 PM 1 comments



Assalamualaikum, nak kongsi gambar ni ! :)



Read More...


Saturday, September 21, 2013

Flaming Steamboat Buffet, Sunway

8:50 PM No Comments




Assalamualaikum , baru ja beberapa hari lepas aku pergi makan steamboat kali ke-5 kot.. sini memang puas makan, terbaik makan sampai lebam !! hehe..Banyak pilihan.. yang paling best ! ice-cream dia terbaikkk ! nak pergi lagi.. aku pergi dengan org2 yg sngt superb ! hahaa.. kawan ketawa, kawan menangis hehee.. jom tengok gambar ! 

































Thanks LELA, NONA ! hehe... Beribu makna tersirat dalam sekeping gambar :) 



Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger