Tuesday, July 5, 2011

Rogol & Bunuh ? Cerita panas !

11:43 AM 1 comments



          Asaalamuailaikum , kali cita dasyat cuba baca...Memang tidak mustahil  seorang wanita mampu menjadi pembunuh. Namun, apabila wanita bergelar ibu, disabitkan dengan kesalahan culik, bunuh dan rogol....Selamat membaca !!


MELISSA HUCKABY menangis ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa merogol dan membunuh rakan sepermainan anaknya.

BALAI Polis Tracy terus dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai. Mereka menyatakan bahawa perbuatan itu adalah mustahil. Para penyelidik veteran jenayah pembunuhan dan seksual pula memberitahu bahawa mereka tidak dapat mengingat kembali kes seumpamanya.
Malah, para penyiasat yang melihat sendiri bukti yang ada pantas menyatakan tidak mungkin ia berlaku.
Dalam kes ini, seorang wanita bukan sahaja dituduh membunuh seorang kanak-kanak perempuan, tetapi turut merogolnya.
Para pegawai penguat kuasa undang-undang dan pakar-pakar lain menegaskan tuduhan ke atas Melissa Huckaby kerana membunuh Sandra Cantu, 8, sangat jarang berlaku dalam kertas siasatan polis selama berdekad di Amerika Syarikat (AS).
Huckaby didakwa baru-baru ini kerana membunuh rakan sepermainan anak perempuannya, bersama tuduhan tambahan khas iaitu merogol menggunakan objek asing. Selain tingkah laku keji terhadap kanak-kanak berusia di bawah 14 tahun itu, Huckaby juga didakwa membunuh selepas menculik mangsa.
Janda berusia 28 tahun itu dijangka kembali ke mahkamah untuk mengemukakan rayuan.
Mayat Sandra ditemui pada 6 April 2009, selepas 10 hari menghilangkan diri. Mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg yang ditemui di kolam terbiar berhampiran Tracy, sebuah bandar kecil yang terletak di pinggir bandar San Francisco dan berhampiran dengan rangkaian ladang California.
Pegawai polis di bandar Tracy, Sarjan Tony Sheneman memberitahu, berpuluh-puluh panggilan yang diterima berkeras menyatakan Huckaby tidak mungkin bertindak sendirian.
Tiada ibu akan merogol anak orang lain dan senario itu terlalu mustahil untuk menjadi benar. Kes ini begitu luar biasa sehinggakan pihak polis pada mulanya berkongsi reaksi dengan orang awam.
Bagi para penyiasat pula, apabila dikemukakan dengan bukti yang mengarah kepada Huckaby, mereka cenderung untuk mencari suspek lain.
“Ketika penyiasat-penyiasat mula meneliti kes ini, mereka berkata: ‘Huh…, tidak mungkin. Dengan siapa dia melakukan jenayah ini?’ Ketika kami menerima maklumat ini, kami berkata, ia mustahil dan tidak pernah berlaku.
“Selepas kes ini dihebahkan, saya masih dengan pendirian sebegitu,” kata Sheneman, sambil menambah polis tetap yakin bahawa Huckaby bertindak seorang diri.


SANDRA CANTU, kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai dibunuh oleh Melissa Huckaby.

Pakar jenayah dari Universiti Northeastern, James Fox menjelaskan data dari Jabatan Keadilan berkaitan kes pembunuhan di AS sejak lebih 30 tahun lalu ada menunjukkan wujudnya keadaan jenayah luar biasa seperti itu.
Daripada 600,000 kes yang direkodkan, merangkumi lebih 90 peratus kes pembunuhan di AS sejak tahun 1976, hanya satu kes yang hampir sama dengan tuduhan pembunuhan Sandra. Bagaimanapun, data itu tidak menyediakan nama dan maklumat terperinci, jadi Associated Press gagal mengenal pasti kes tersebut.
Para penyelidik menyatakan kes Huckaby tidak sepadan dengan profil tipikal jenayah seksual golongan wanita.
Wanita hanya mewakili satu peratus daripada tangkapan keseluruhan jenayah rogol dan enam peratus daripada penahanan golongan dewasa atas tuduhan jenayah seksual, jelas jabatan itu lagi.
“Apabila mereka melakukan jenayah seksual, wanita lazimnya bertindak selaku pembantu kepada penjenayah lelaki dan mangsa biasanya adalah remaja,” kata Pengarah Pusat Penyelidikan Menentang Jenayah Kanak-kanak, University of New Hampshire, David Finkelhor.
“Adalah sangat jarang bagi wanita untuk mencabul kanak-kanak. Jika mereka mencabul pun, jarang sekali kanak-kanak pada usia ini menjadi mangsanya. Sangat mustahil bagi seorang wanita untuk membunuh anak orang lain,” jelas Finkelhor.
Dokumen-dokumen mahkamah dan temu bual dengan ahli keluarga menunjukkan Huckaby mempunyai kehidupan peribadi yang goyah. Dia berdepan dengan penceraian, muflis serta kemurungan kerana terpaksa bekerja dan membesarkan anak.
Menurut rekod Mahkamah Daerah San Joaquin, pada tahun 2002, dia berjaya mendapatkan perintah larangan ke atas teman lelakinya yang memiliki rekod jenayah ekstensif. Dia juga memperoleh perintah pencegahan daripada mahkamah berkaitan perkahwinan sebelumnya.
Wanita itu mengahwini John Huckaby pada tahun 2003, berpisah setahun kemudian dan bercerai pada 2005. Dalam dokumen penceraian, Melissa Huckaby mendakwa John Huckaby atas tuduhan merampas anaknya, melakukan keganasan rumah tangga dan penyalahgunaan alko12hol.




Semuaq2 tuduhan itu dinafikan oleh John dalam satu temu bual rancangan Good Morning America yang disiarkan stesen televisyen, ABC.
Peguam bela Huckaby mungkin mempersoalkan fakta dan statistik lengkap yang meragukan untuk menimbulkan keraguan ke atas segala tuduhan, biarpun di sebalik semua bukti yang ada.
“Sedar atau tidak, ia nampaknya tidak sesuai,” kata William Portanova, seorang peguam bela dari Sacramento yang juga bekas pendakwa raya negeri dan persekutuan.
“Ia merupakan satu keadaan yang sangat luar biasa, melihat seorang wanita melakukan jenayah seksual dan membunuh kanak-kanak secara sendiri. Jadi, terima kenyataan, mana-mana peguam bela pun akan cuba untuk membuktikan teori itu salah,” kata Portanova. – AP

Sumber : kosmo.com.my


1 comments:

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger