Thursday, June 2, 2011

Sedih aku, Remaja dibelasah hingga koma meninggal dunia

11:16 AM 4 comments

...Sedih ku membacanya...

Aslmkm  sahabat.... entry kali agak sedih.... td baru ja aku baca  berita harian online, and terbaca berita ni remaja 15 tahun di belasah sehingga koma selama 10 hari. telah kembali kepada allah... Al-fatihah...Kes ini berlaku di Kuantan di   Taman Esplanade. hmmm.... sungguh x berperikemanusiaaan,.... moral value jangan bertindak mngikut perasaaan.,... Kepada kawan2x kat luar sana hati2x la yerr... peribahasa melayu menyatakan malang tidak berbau..... 




Hentikan !


Ok.... ni dia punya full article, berita... pasal Remaja itu.... bacalah.... 

Berita harian : 


KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang koma sejak 10 hari lalu selepas dipercayai dipukul lima remaja lelaki di Taman Esplanade di sini, disahkan meninggal dunia kelmarin. 


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, pada 21 Mei lalu, mangsa berusia 15 tahun bersama seorang rakannya datang bersiar-siar di taman terbabit sambil melihat orang memancing.
Namun ketika rakannya meninggalkan mangsa seketika untuk pergi ke tandas berhampiran, mangsa di datangi lima remaja lain berusia 17 hingga 21 tahun sebelum secara tiba-tiba dipukul.
Akibat dibelasah, mangsa yang dipercayai sudah tidak bersekolah, mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibiarkan lima suspek terbabit terbaring di taman berkenaan. 

Beberapa minit kemudian rakan mangsa terkejut apabila menemui remaja terbabit terbaring tidak sedarkan diri lalu menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan identiti mangsa kerana kes terbabit masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. 

Bertindak di atas maklumat serta risikan, sepasukan anggota polis berjaya menahan lima suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu, di rumah masing-masing di sekitar bandar ini, pada hari sama kejadian berkenaan. 
Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, ketika dihubungi di sini, semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit. 

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut selain mengenal pasti motif sebenar berhubung kejadian terbabit. 

Katanya, semua suspek kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuantan selama 14 hari untuk membantu siasatan lanjut. 


Sumber : 


(Oleh Irwan Shafrizan Ismail)


4 comments:

  1. awt smpi jadi lagu tu...???
    heran sungguh...huhu

    ReplyDelete
  2. hmmmm 2 la...naim.... cian dia.... huhuhu,,, teruk betul la....

    ReplyDelete
  3. EH?
    kat esplaned?
    asenye dekat ngn tmpt ak tue kowt...
    asl lar manusia skunk nie maken kejam erk?
    hurm...:'(

    ReplyDelete
  4. hmmmm.... dekat ka ??? tu la khair...hmm ati2 la..bila berkwn...k

    ReplyDelete

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger