TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meliwat isteri sendiri.
Tertuduh dituduh meliwat isterinya di rumah mereka kira-kira
jam 2 pagi 7 Oktober lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan
sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Lelaki terbabit yang berusia 48 tahun dan mempunyai empat
anak hasil perkongsian hidup bersama isteri ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Temerloh selepas isterinya membuat laporan polis.
Berdasarkan laporan, kejadian itu bukan kali pertama
sebaliknya sudah beberapa kali berlaku tanpa kerelaan isteri.
Mangsa bekerja sebagai buruh am membuat laporan polis
selepas mendakwa mengalami tekanan akibat kejadian itu.
Hakim Jamaludin Mat memerintahkan tertuduh diikat jamin
RM5,000 selepas tertuduh merayu wang jaminan dikurangkan sebelum menetapkan 13
November depan sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan
kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20
tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment