Sunday, February 16, 2014

Man City tundukkan Chelsea untuk mara ke suku akhir Piala FA

11:12 AM No Comments


MANCHESTER, England: Manchester City melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya awal pagi tadi selepas menundukkan pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris Chelsea 2-0 sekali gus mengekalkan sasaran untuk menjulang tiga piala berprestij.

Stevan Jovetic dan Samir Nasri masing-masing menjaringkan satu gol untuk menebus kekecewaan 1-0 awal bulan lalu ketika menentang Chelsea dengan mempamerkan penguasaan dan menyekat pelawat daripada menemui sasaran.

Walaupun Chelsea mendahului takhta liga, City kini hanya ketinggalan tiga mata di tangga ketiga dengan bermain kurang satu perlawanan.


Sunderland turut mara ke suku akhir Piala FA selepas menang tipis 1-0 ke atas Southampton manakala Wigan mengesahkan kemaraan hasil kemenangan 2-1 ke atas Cardiff. - AP

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger