RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin
menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis
blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian
liberal secara dalam talian serta menghina Islam.
Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012
dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan
mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.
Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000
(RM862,000).
Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis,
Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa
menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.
Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas
terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang
kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my