Sunday, February 16, 2014

Ditetak geng topeng

11:37 PM No Comments

Ipoh: Seorang lelaki maut akibat ditetak di kepala dengan parang oleh sekumpulan lelaki bertopeng ketika mangsa baru ingin memasuki kereta selepas keluar dari sebuah bank berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang menaiki kereta Proton Waja bersama tiga lagi rakannya dipercayai berhenti di lampu isyarat depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dan sebaik keluar dari bank, mangsa yang didatangi empat lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi.

Sebaik dihampiri, tiga lelaki bertopeng keluar dan menyerang mangsa dengan parang ketika mangsa baru saja mahu memasuki kereta di bahagian penumpang depan.

Mangsa yang pada awalnya cedera parah di bahagian kepala dan badan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

 


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 9.15 pagi memaklumkan seorang lelaki ditetak di hadapan bank berkenaan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger