Sunday, February 16, 2014

Daging 'Babi' dibaling dalam kawasan masjid

2:54 PM No Comments

Bukit Mertajam: Seorang jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemui seketul daging dipercayai daging babi yang diletakkan di hadapan pintu masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok di sini jam 5.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Maslan Kesah berkata, daging disyaki daging khinzir itu ditemui di pintu masuk ke dewan solat masjid terbabit.

"Kami akan menghantar daging berkenaan ke jabatan vaterinar untuk mengesahkan ia adalah daging khinzir atau sebaliknya.

"Daging berkenaan dipercayai dibaling ke dalam kawasan masjid sebelum ia ditemui," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk mengaibkan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger