Friday, September 4, 2015

'Jangan ambil rasuah, elak ditimpa bala'

2:43 PM No Comments

PUTRAJAYA - Penceramah terkenal, Datuk Mohd  Kazim Elias mengingatkan umat Islam agar menghindari amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan negara.‎

Katanya dalam Islam sendiri amalan tersebut telah diharamkan, jadi adalah wajib untuk umat Islam menghindari daripada melakukan perbuatan tersebut.

‎"Jangan ambil rasuah, untuk elak bala," katanya ketika berceramah di Putrajaya malam ini.

Dalam pada itu, Mohd Kazim mengingatkan umat Islam agar tidak berpecah-belah kerana Islam sama sekali menegah perlakuan itu.

"Ada masalah balik semula kepada al-Quran dan Hadis, bincang elok-elok...Jangan sampai berpecah.

"Buanglah ego, bersatulah semula," katanya.


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger