ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor
tikus memakan mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah
hospital, semalam.
Menurut Dailymail, tiga kakitangan hospital tersebut
digantung kerja berikutan kejadian itu.
Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur
berkenaan kerana mengalami masalah saluran kencing.
Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali
Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit.
Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit.
Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu
memerintahkan kejadian tersebut disiasat.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Seramnya...
ReplyDelete