Friday, August 28, 2015

Dai Pendakwah Milenia Musim 3 TV3 (2015)

9:20 AM No Comments

Program keagaamaan Da’i Pendakwah Milenia kembali bagi musim ketiga, kali ini membawa 10 pendakwah muda membuktikan kemampuan mereka untuk bergelar pendakwah milenia. Episod pertama bakal bersiaran pada 16 Ogos ini memaparkan sesi ujibakat, minggu seterusnya 23 Ogos pula akan bermulakan pentas Da'i secara langsung melibatkan 5 orang peserta. Da’i Pendakwah Milenia ditayangkan setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Siaran ulangan akan disiarkan pada hari Jumaat, jam 10 pagi atau boleh menontonnya semula di laman www.tonton.com.my. Bermula

Edisi ketiga ini bakal menampilkan konsep baru apabila peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan di mana setiap satu kumpulan akan dibimbing oleh seorang murabbi. Lima peserta lelaki yang bakal berada di bawah bimbingan Ustaz Elyas Ismail ialah Muhamad Ariffin bin Nordin (21 tahun, Kelantan), Muhammad ‘Asri Hijrah bin Damni (25 tahun, Sarawak), Luqmanul Hakim bin Joohari (26 tahun, Pulau Pinang), Ahmad Fuad bin Mohamad Mokhtar (20 tahun, Selangor) serta Muhammad Hilman bin Fabli (23 tahun, Melaka). Kesemua mereka akan berada di bawah kumpulan Al-Rijaal.

Manakala lima peserta perempuan yang akan dibimbing oleh Dr. Robiah K. Hamzah dalam kumpulan An-Nisaa’ pula ialah Hamidah binti Ab Razak (23 tahun, Kedah), Nor Adzlyn binti Sadiri, (22 tahun, Sabah), Nursyuhada binti Zulkifli (20 tahun, Kelantan), Nur Ainun Syailah binti Kamaruzaman (19 tahun, Kuala Lumpur) serta Nur Hidayu binti Mohd Kamil (23 tahun, Selangor).

Keseluruhan prestasi 10 peserta ini akan dipantau oleh ketua mentor iaitu Datuk Kazim Elias. Mereka kemudian akan diadili secara individu oleh dua juri tetap iaitu Ustaz Harryyanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie bersama seorang juri jemputan dalam siaran langsung yang akan diadakan bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sistem permarkahan akan diadili menerusi juri jemputan (60%), 30% juri awam serta 10% juri sosial media. Selain itu, musim ketiga ini masih mengekalkan Datuk Rosyam Nor selaku hos namun turut menampilkan Hj. Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara bersama.

Hadiah pemenang utama diberi ganjaran wang tunai RM50,000 beserta pakej umrah, sebuah trofi, saham PNB berjumlah RM5,000 dan juga pengalaman bekerjasama bersama Media Prima Berhad.


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger