Wednesday, November 5, 2014

Sembilan pelajar UM mungkin dibuang universiti

8:26 PM No Comments

KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Malaya (UM) yang terlibat secara langsung dalam himpunan sempena pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus Isnin lepas mungkin berdepan hukuman dibuang universiti.

Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Unit Korporat dan Media UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, sembilan pelajar tersebut diminta untuk menghadiri perbicaraan disiplin di kampus hari Jumaat ini.

“Pendengaran perbicaraan disiplin adalah merupakan langkah pertama bagi universiti. Ini adalah platform bagi mereka untuk membela diri. Tindakan diambil bergantung pada hasil perbicaraan,” katanya.

Mengulas lanjut, hukuman paling ringan yang diputuskan mungkin berupa surat amaran.

Bagaimanapun jelasnya, pihak pengurusan masih mengenal pasti pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam himpunan terbabit.

“Jika lembaga disiplin mendapati kesalahan mereka begitu serius, hukuman maksimum adalah mengusir pelajar tersebut dari universiti,” tegasnya.

Presiden Majlis Pelajar UM, Fahmi Zainol yang merupakan penganjur bagi himpunan '40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara' menerima surat menyatakan dia kini menghadapi sembilan tuduhan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti Undang-undang.

Dalam pada itu, lapan yang lain dilaporkan turut menerima surat yang sama dan masing-masing menghadapi tududan berbeza mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Kami bukan sahaja mengkaji semula rakaman semula rakaman televisyen litar tetutup, tetapi juga video dan gambar yang dipaparkan dalam perhimpunan itu,” katanya lagi.

Katanya lagi, pihak berkuasa dan universiti kini sedang menjalankan siasatan dan bersedia memberikan kerjasama antara satu sama lain.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my



0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger