MUNGKIN ramai yang menyedari, pelakon Sharnaaz Ahmad bersama
Hanis Zalikha dan Mimi Lana, kini berada di Jepun bagi menjalani penggambaran
drama, Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa.
Gara-gara sekeping gambar membeli-belah di sebuah pasaraya
di sana, Sharnaaz dikecam hebat kerana ramai pihak mempertikaikan arak
berjenama Asahi yang dikatakan berada dalam trolinya.
Menerusi aplikasi WhatsApp, pelakon yang terkenal menerusi
watak Farish dalam Suamiku Encik Sotong ini menyifatkan isu tersebut sengaja
diada-adakan bagi mencari kesalahannya.
"Kesalahan orang kalau cari memang seronok kan, tapi
ada tak kita lihat kesalahan diri sendiri?
"Saya lebih pentingkan kerja saya daripada benda macam
ini. Salam dari Jepun," ujarnya yang enggan mengambil pusing mengenai isu
tersebut.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
hanya kerana sekeping foto yang bisu,pelbagai persepsi akan timbul... :) was here
ReplyDelete