Tuesday, November 4, 2014

Saya boleh pilih Penjara Kajang atau Sungai Buloh

9:59 PM No Comments

PETALING JAYA - "Mereka kata saya boleh pilih sama ada mahu ke Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buloh," demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada jenaka Anwar ketika berucap dalam Forum Demokrasi Dunia Muslim, hari ini.

"Jika saya dikatakan bersalah, maka saya perlu dipenjarakan.

"Memandangkan saya telah umumkan Langkah Kajang, saya rasa mungkin mereka akan tempatkan saya di Penjara Kajang," katanya.

Kata-katanya itu disambut oleh gelak tawa penonton.

Anwar sebelum itu menghadiri prosiding rayuan akhirnya yang memasuki hari kelima di Mahkamah Persekutuan,Putrajaya pada pagi, hari ini.

Sebaik tamat prosidingnya yang berlangsung sehingga tengah hari, Anwar hadir memberikan ucapan dalam forum tersebut.

"Saya ada menulis sebuah buku.. Sampai sekarang buku saya masih belum siap.

"Kalau saya dipenjara, saya boleh (tulis) habiskan buku saya ketika dalam penjara.

"Tapi mungkin isteri saya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak begitu gembira mengenainya," selorohnya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger