Melaka kami dah sampai !
Assalamualaikum semua, bersempena dengan Cuti Umum Deepavali, aku dan rakan sekerja bercadang untuk pergi ke Melaka dan telah tibadi Melaka dengan jaya, Alhamdulillah. Pengalaman yang menarik dan sangat penat, tapi menyeronokan . Boleh aku katakan sebagai Jalan-jalan cari makan di Melaka, sebabnya ? aktiviti kami makan dan makan sampai jadi macam ikan buntal. Melaka boleh di katakan sebagai lokasi menarik untuk di lawati, tapi kalau sehari memang tak cukup, sekurang-kurangnya 3 Hari 2 Malam. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati.
Baiklah, mari aku ceritakan satu-persatu. Tempat pertama yang kami lawati setibanya di melaka ialah Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, tapi kami singgah je tak masuk pon. Sebab dah pernah masuk. Singgah untuk berehat, "pit-stop" sebentar selepas lebih 1 jam 30 minit perjalanan. Untuk masuk ke Taman Mini Malaysia, charge yang di kenakan ialah RM15.00 bagi dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak.
Yus, Azrul & Ida mereka ni model melaka
Gambar blur sikit.. sorry
Selfie ! peace..
Gambar ni sekitar bandar melaka
Bersama patung ni.. euwww..
Selepas itu kami ke Menara Taming Sari , tapi tak naik pon. Sebabnya ? kawan cakap malam lagi best kalau naik baru cantik. So, kami batalkan hasrat untuk naik Taming Sari. Kami hanya ambil gambar sekitar Menara Taming Sari. Harga tiket RM15.00 bagi dewasa.
Us..
Jejaka perasan di apit
Sekitar menara Taming sari , tak naik pon tak de bajet..
Beratur dulu , ramai orang kat sini
Yeay! , dapat .. 5 bungkus
Lekor king, boleh tahan rasa dia.
Lekor king bersama coconut shake di tepian pantai terbaik !
Selfie lagi ! Pantai klebang melaka...
Nyaman jer.. pantai
Ape azrul buat tu ? erkk
Ikan Bakar Parameswara
Antara menu yang kami makan..
Nasi lemak merupakan menu popular di sini
Desert. buah-buahan..
Nyum3x...
Kenyang oo..
Alhamdulillah selepas selesai semua, semua dah jadi ikan buntal kami pon bergerak pulang ke KL. Satu hari yang sangat memenatkan tapi menyeronokan.
0 comments:
Post a Comment