Thursday, October 30, 2014

Fifa lancarkan logo rasmi Piala Dunia 2018 | Piala Dunia 2018

1:31 PM No Comments

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan logo rasmi untuk Piala Dunia 2018 di Rusia dalam satu majlis Selasa lalu.

Presiden FIFA, Sepp Blatter bersama-sama ketua pasukan juara Piala Dunia 2006, Fabio Cannavaro dan Pengerusi jawatankuasa penganjur tempatan, Vitaly Mutko hadir dalam majlis yang dibuat di Moscow itu.

Logo berbentuk trofi Piala Dunia dengan warna bendera Rusia iaitu merah dan biru yang dikelilingi warna emas, dipancarkan pada dinding bangunan ikonik, Bolshoi theatre.

Pelancaran logo tersebut agak menarik kerana dilakukan oleh tiga angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang memegang logo tersebut di hadapan kamera yang kemudian dipancarkan pada dinding bangunan.

Blatter dalam ucapannya memberitahu, pelancaran logo Piala Dunia kali ini sangat luar biasa. Dia berharap agar kejohanan ini dapat berlangsung dengan jayanya.

Rusia dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, akan menggunakan 12 stadium di 11 bandar berbeza sepanjang kejohanan yang dijadualkan pada bulan Jun hingga Julai 2018.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger