Tuesday, May 27, 2014

Semua Coklat Jenama Cadbury Saluran Sama di Uji

10:14 AM No Comments

Putrajaya: Semua coklat jenama Cadbury yang melalui saluran pemprosesan sama dengan dua produk dikesan mengandungi DNA babi (porcine), diarah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menjalani ujian kesahihan kandungan kendalian Jabatan Kimia.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan terbabit diambil kerana khuatir DNA babi itu turut berada dalam semua produk berkenaan berikutan melalui saluran pemprosesan yang sama.

“Jabatan Kimia akan mengeluarkan keputusan muktamad mengenai ujian terbabit dalam masa tujuh hari bekerja sebelum diserahkan kepada JAKIM sebagai pengesahan rasmi, sama ada semua produk terbabit mengandungi DNA babi atau tidak.

“Analisis Jabatan Kimia perlu kerana JAKIM dan jabatan agama Islam setiap negeri hanya mengiktiraf makmal milik jabatan terbabit untuk proses pensijilan halal seperti ditetapkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama wakil Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kimia dan Jabatan Standard berkaitan penemuan DNA Porcine dalam dua produk coklat susu jenama Cadbury keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger