Thursday, April 17, 2014

Wardina Jelaskan Video Ustaz Don Yang Disunting Itu Tak Mengaibkan. Bagaimanapun, Menggali Masa Silamnya Itu Mengaibkan

3:57 PM No Comments

Semalam, Ustaz Don Daniyal telahpun menjawab isu mengenai video ‘Kompilasi Hadis Palsu Dan Pendustaan Don Daniyal’ yang dilihat turut dipersoalkan kesahihannya oleh selebriti popular tanah air, Wardina

Menjelaskan bahawa video berdurasi selama 18 minit itu mempunyai propaganda tersendiri, penceramah lepasan daripada Universiti Al-Azhar ini turut menggesa agar orang ramai tidak menjadikan ustaz laman sosial sebagai sumber untuk dirujuk.

Terkini, sebagai maklumbalas terhadap video jawapan Ustaz Don, Wardina mengatakan bahawa dia tidak menganggap viral video tersebut sebagai video aib, sebaliknya mengakui menggali masa silamnya adalah sesuatu yang aib.

Wardina Jelaskan Video Ustaz Don Yang Disunting Itu Tak Mengaibkan. Bagaimanapun, Menggali Masa Silamnya Itu MengaibkanStatus laman sosial Wardina berkenaan kesahihan ceramah Ustaz Don menarik perhatian ramai

“Saya terkejut dengan respons untuk post Ustaz Don. Seharian sibuk dan melihat response yang berbagai sebelah petangnya. Cukup sedih membaca sesetengah dari komen-komen. Saya mahu kepastian dengan isi penyampaian ustaz setelah dishare video ini di inbox saya, dan ditanya oleh seseorang. Saya biasa bertanya dan berkongsi permasalahan dan persoalan yang ditanya kepada saya.

Saya TIDAK pernah 1.MENGUTUK 2.MENGECAM 3.MEMPERLEKEHKAN Ustaz. Saya tak pasti dan kecil hati serta keliru melihat pertuduhan Ustaz kepada Ikhwanul Muslimin (halal darah mereka…Ikhwanul Muslimin adalah salafy wahabi?) dan sesetengah kisah yang ustaz bawa. TIdak ada kata-kata kesat mahupun tidak baik dari saya. Semuanya jujur dari hati.”

Malah, Wardina turut menyangkal dakwaan bahawa dia menyebarkan video tersebut atas permintaan pekerja sebuah syarikat televisyen swasta dan tidak menganggap bahawa itu adalah sebuah video aib.

“Video tersebut…ya ianya diedit… namun pada saya ianya BUKAN video aib. Itu ceramah ustaz, apa yang aib tentang ceramah ustaz? Menggali masa silam saya, ya itu aib. Maafkan saya kerana cuba bertanya.

Sebab saya ini jahil, tidak ada ilmu. Ramai yang berkata kepada saya kenapa tidak bertanya secara ‘private’? Sebab jujur sebelum ini saya rasa tak perlu, sebab ianya BUKAN video aib. Ianya ceramah ustaz. BUKANnya video mengaibkan ustaz. Saya tidak lihat ianya sebagai mengaibkan ustaz.”

Wardina juga menambah bahawa dia akan cuba hadir ke kuliah yang dikendalikan oleh penceramah terkemuka itu dan cuba mencari solusi kepada pertanyaannya. Apapun, rasanya tidak perlu dipanjangkan lagi soal ini dan lebih elok kiranya ia diselesaikan secepat mungkin.

Sumber : http://www.ohbulan.com


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger