Saturday, February 15, 2014

Fulham pecat penngurus Rene Meulensteen

11:06 AM No Comments


LONDON: Fulham mengambil tindakan dramatik hari ini bagi mengekalkan status di Liga Perdana Inggeris dengan memecat pengurus, Rene Meulensteen dan membawa Felix Magath sebagai pengurus baru ketika saingan liga berbaki 12 perlawanan.

Meulensteen, bekas ketua jurulatih Manchester United, berkhidmat dengan Cottagers hanya kurang dua bulan selepas mengambil alih tugas Martin Jol pada 1 Disember lalu.

Bagaimanapun, kekalahan 3-2 di tempat sendiri dengan Liverpool dengan dua kali di depan - namun jaringan penalti Steven Gerrard pada minit terakhir perlawanan menyaksikan Cottagers kini empat mata dari zon penyingkiran.

Namun ia masih tidak memuaskan bagi pemilik Fulham, Shahid Khan, seorang ahli perniagaan Pakistan yang dilahirkan di Amerika dengan memecat Meulensteen.

Ia adakah pemecatan kedua buat Meulensteen musim ini selepas disingkirkan daripada kelab Russia, Anzhi Makhachkala, pada Ogos tahun lalu, iaitu hanya 16 hari memulakan tugas.

Magath, pengurus dari Jerman pernah membawa Bayern Munich memenangi kejuaraan Bundesliga pada 2005 dan 2006, sebelum menyertai Wolfsburg dan kemudiannya meninggalkan kelab itu pada 2012.


“Saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Felix Magath ke Fulham Football Club,” kata Khan dalam laman web kelab itu. - AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger