Assalamualaikum semua. wah hari ini di timpa satu dugaan dan cabaran dalam hidup. Sebenarnya ak besar mana pon dugaan nie. kisah bermula apabila aku nak ke KWSP, Seberang jaya tu. Tahu ? haha.. aku pon baru tahu, sebelum ni aku ingat dekat sp yang dekat search dalam goggle tengok2x ada kat seberang jaya. Aku buat akaun nie pon sebab aku nak kerja, so kena buat la.. :).
Peta Lokasi, KWSP, Seberang jaya
Pagi-pagi lagi aku dah memang nak p, tapi janji dengan orang lain, tapi tak jadi, so, aku pon tnya ayah aku aku dia taw KWSP ni, So pi dengan dia naik motor "antik" tu, sepanjang perjalanan berjalan lancar tiba-tiba di bukit lengkok tayar bergetar, tengok - tengok motor pancit, Wah, dah tengah bukit lengkok tu nak cari mana kedai motor, tapi ayah aku taw kedai motor kat tapi jauh la juga, lepas tu sebelum nak sampai kedai motor tu, tambah lagi dugaan, boleh tak boleh jem dekat bukit lengkok tu, sebab kemalangan, wah dah la nak cepat sebab motor tu tak tahan, maklumlah aku ni 'kurus' .
Jalan Bukit Lengkok, Kulim
Sesampai sahaja di kedai motor,
tu,. bolehlah aku menarik nafas lega, fuhh.. alhamdulillah,.Tapi sebenarnya duit
dalam poket tak da, sebab tak cucuk lagi. Nasib baik la, pak cik tu bagi hutang
dlu, sebab nak pergi bank pon jauh lagi.
Alhamdulillah . Terima Kasih , pak cik, jasa mu di kenang :). Meneruskan perjalanan ke KWSP. Alhamdulillah selamat sampai. Segala urusan berjalan lancar, cuma i/c tak boleh di baca, entah kenapa, Terima Kasih kepada pegawai yang bertugas kerana telah melancarkan segala urusan aku, Kaunter kat KWSP ni pula ada 17 , so cepat la, walaupun orang ramai.
Menara KWSP, Seberang Jaya, Penang
Logo KWSP
Selesai sahaja urusan aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Alhamdulillah perjalanan pulang berjalan lancar. Terima Kasih Ayah ! Terima kasih atas jasamu.. Terima Kasih motor ayah yang "antik" tu. Sekarang, aku dah ada akaun , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Saya sudah. Anda bila lagi ? Assalamualaikum. Gambar hiasan dari Goggle dan laman web KWSP.
0 comments:
Post a Comment