Friday, October 12, 2012

ATM Beraksi Cemerlang ! Mara ke Final Piala Malaysia 2012

12:42 AM No Comments







Assalamualaikum semua. Fuhh, penat tengok bola sepak malam ni. 97 minit tambah 30 minit tambah penalti. Berapa lama dah... hehe.. Begitulah minit perlawanan malam ini antara ATM dan LIONS 12  yang berkesudahan dengan penalti, walaubagaimanapun Lions membuka jaringan seawal minit ke 27, Skuad singapore nampak yakin ke final selepas ATM tidak berjaya menjaringan gol sehingga minit ke 90, tapi tuah marlon yang telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 97, membawa nafas baru kepada pasukan ATM. Pada minit tambahan tidak banyak aksi yang di tunjukan berikutan kebanyakan pemain sudah keletihan, keputusan 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Penentuan penalti merupakan saat yang paling mendebarkan , tapi ianya berkesudahan dengan ATM 5 - LIONS 12 -4, sekaligus menamatkan kemarau 40 tahun ATM untuk melangkah ke Final Piala Malaysia 2012, Perlawanan malam ibarat Malaysia vs Singapore , kerana kebanyakan pemain adalah wakil negara masing-masing. manakala buat Hairudin Omar ini adalah final ke -5 baginya dan ke-4 berturut-turut iaitu pada tahun 2001, 2009,2010, 2011 dan 2012, adakah tuah Hai-O kali akan membawa pasukan ATM menjulang Piala Malaysia ? sama-sama kita saksikan. 



Suasana di Stadium





0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger