Thursday, May 5, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

3:23 AM No Comments

Assalamualaikum semua.... ha... aku baru saja tangok Hikayat Merong Mahawangsa... walaupon org leh dh tgk lama dah.... aku sngt tertarik dgn cita.... pandai KRU group wat.... salute la.....di harap lepas lebih bnyk cerita sprt ni di Malaysia. Sini aku da amek sedikit sbnyk tentang sejarah Hikayat Merong Mahawangsa...






Dalam kehangatan Filem Hasil Keluaran KRU Studios “Hikayat Merong Mahawangsa” mari kita ketahui serba sedikit asal usul cerita epik Merong Mahawangsa ini….
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan SiamGangga Negara dan negeri Patani,Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:
  • Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudian belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.
  • Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai “Kedah Zamin Turan”. Baginda menjadi Raja Siam pertama.
  • Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.
  • Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
  • Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
  • Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
  • Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
  • Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Hikayat Merong Mahawangsa
 Analisa Sejarah
Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlalu jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk menghujudkan hubungunan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatif sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra.
Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksaksa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam ugama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya. Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru.
Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan pula beragama Roman menguatkan lagi beliau tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin di diami oleh Sami Hindu yang tidak kawin Bramacahri. Sebab itu di panggil lembah bujang.

Raja Seri Maha Inderawangsa ,Raja Bersiong
Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia di kaitkan dengan dua Tempat ia itu Bukit Choras dan Tikam Batu . Di Tikam Batu di ceritakan ada sabuah Istana Raja Bersiong di atas Bukit dengan Air Terjun yang menumbusi batu sedalam sebantang buluh. Sempena ini lah nama Tikam Batu di ambil. Raja Besiong beragama Hindu.Beliau menyembah tokong di perbuat daripada emas dan berhala ini diambil oleh British bawa balik ke India. Memadang dia suka mamakan darah kemungkinan Berhala pujaan nya adalah Dewa Kali .
Mengikut kepercayaan Hindu dewa ini suka makan darah ,korban berdarah. Kemungkinan kedua adalah dia terpengaruh dengan satu kaum Gergasi yang pada lagenda di kedah tinggal di Kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi dan mengamalkan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin di sebabkan banyak protein dalam diet berbading dengan yang makan sayur sayuran. Apabila rakyat yang mula mengenal Islam dan tidak mahu lagi menyembah Dewa Kali memberontak menentang Raja Bersiong dia lari hingga ke Baling di mana dia mencabut dan membaling siongnya dan jatuh ke Kg Siong di Baling.Dia mungkin memasuki Daerah Patani dan hilang di sana.

Adaptasi
Hikayat Merong Mahawangsa telah diadaptasi menjadi lakonan pentas yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Persembahan yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa: A Swashbuckling Epic Adventure yang berbahasa Inggeris ini dipersembahkan oleh Ribbit Edutainment dan disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Pementasan pertamanya berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2009.
Selain itu, Hikayat ini juga diadaptasi menjadi filem ceritera terbitan KRU Studios yang dijadualkan keluar pada 10 Mac tahun 2011 untuk tontonan pasaran antarabangsa. Terengganu menjadi lokasi utama penggambaran dengan kos pembikinan sebanyak RM8 jutalebih dan dianggarkan 73 buah negara di seluruh dunia akan dapat menonton filem tersebut.  Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa, dan dilaporkan berdialog 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu klasik.

Sokonglah hasil keluaran filem-filem tempatan kita dengan membeli cd/vcd yang ORIGINAL.

Selamat Menonton….


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger